Selamat Datang ke Klasik Rock

Di sini kami menghimpunkan infomasi dan khazanah-khazanah berkaitan dengan muzik rock yang pernah meleddak di Malaysia pada satu ketika dahulu.

Selasa, 12 Januari 2010

Kumpulan Analisa



mula-mula sekali,terima kasih kepada mastercomp pasal gambar nie.
ok,Kumpulan Analisa,kalau sebut,generasi sekarang memang tak tahu kumpulan ni.
Kumpulan Analisa ditubuhkan pada akhir tahun 1989,menerbitkan album pada tahun 1990.
Kumpulan ini dianggotai oleh Ameer sebagai Vocal,Bigo sebagai gitaris,Lufi sebagai bassist dan Isyam sebagai drummer.Kumpulan ini popular degan lagu Figura Cinta,Hamparan kasih dan lakaran Cinta Suci.
lagu Hamparan kasih pernah memasuki pencalonan AJL,tetapi tidak dapat ke peringkat seterusnya.Ameer vocalist kumpulan ini adalah Ameer yang mengangotai Ukays.

Kumpulan Arena



Kumpulan Arena,ha..memang fevret aku band nie.haha pasal pe?ada Boy dalam band nie.Boy nie,aku minat pasal skill guitar dia,kalau kita dengar memang unik.
Vocalist kumpulan ni pun mantap wei!haha
ok..Kumpulan Arena ni x silap aku ditubuhkan pada tahun 1990 juga.Kumpulan Arena nie adalah anak buah kepada Kumpulan Lefthanded.Saudara arwah Samad selaku penerbit album kumpulan nie.
Kumpulan Arena diangotai oleh Nizam sebagai Vocal,Megat sebagai lead Gitar,Boy sebagai 2nd gitar,Zam sebagai bassist,dan Mie sebagai pemain deram.
Kumpulan ni hanya mempunyai sebuah album yang mengandungi lagu hits dari mereka,Selamat Tinggal Cinta dan Selagi Fajar Menjelma.lagu Selagi fajar Menjelma pernah memasuki pencalonan AJL,tapi x dapat masuk ke peringkat seterusnya.
pada petengahan tahun 1991,kumpulan ni berpecah,dan boy selaku pemain gitar telah menukar haluan utk bermain bersama Kumpulan Melissa.
Apa pun,kumpulan Arena tetap di ingatan dan selalu dikenang-kenang.

Kumpulan Aryan


Kumpulan Aryan diangotai oleh Atan sebagai vocal,Arul sebagai guitaris,Amran sebagai bassist,dan Arby sebagi Drummer.Kumpulan Aryan ditubuhkan pada tahun 1990,kumpulan yang berasal dari Selangor ini pernah menggunakan nama Seven Stone pada awal kemunculannya,dan ada setengah sumber mengatakan mereka mengunakan nama Skill sebelum tukar kepada Aryan.Pemain gitar kumpulan Aryan,iaitu sudara Amran telah kembali ke ramatullah.semoga roh beliau di cucuri rahmat.Kumpulan ini mendapat sokongan dari komposer terkenal,saudara Wom yang juga selaku penerbit album mereka.Saudara Wom yang pada waktu itu sedang popular bersama kumpulan UG14,memberi tunjuk ajar kepada kumpulan ini.Aryan mempunyai 2 buah album kalau tak silap aku.Album pertama Aryan memang hit,dengan lagu Baiduri Cintaku.selain lagu ni,ada juga lagu2 Jambangan dipusara.kedua2 lagu nie,adalah hasil ciptaan Wom.

Isnin, 11 Januari 2010

Kumpulan Damasutra



Damasutra

kumpulan Damasutra memang tidak asing lagi dikalangan peminat muzik rock di malaysia ini.Kumpulan Damasutra pernah bertanding di Anugerah Juara lagu(AJL) pada tahun 1991 dentgan bersandangkan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi.

Damasutra diangotai oleh 4 orang pemuda.Mereka adalah Baggio atau nama sebenar Bahagia bin Daharun selaku Vocalist, Alok selaku Gitarist(piano,akustik gitar), Asu selaku pemai deram(percussion), dan An selaku pemain bass(sitar). Kumpulan ini mempunyai 4 album, iaitu Antara Sutra dan Bulan(1991),Asyik(1992),Kurnia(1993) dan Penawar(1996).Kumpulan ini telah berpecah kerana perselisihan faham antara angota dan keadaan muzik Malaysia yang sentiasa merundum masa itu disebabkan pesaingan antara kumpulan-kumpulan rock lain.Baggio sekarang masih aktif dan bergiat dalam bidang lakonan.